Friday, September 2, 2011

The world of good bye



Bila kita hidup dalam satu kehidupan yang menyebabkan kita terpaksa mengatakan 'goodbye' kepada setiap yang kita kenali...secara berulang kali, ia akan mengubah sesuatu dalam diri. Aku mengalami kehidupan tersebut dan apa yang telah terjadi menzahirkan apa yang ada dengan diriku sekarang. Adakah ia sesuatu yang seronok? No! Meng'goodbye'kan sesuatu tidak pernah ada seronoknya (kecuali ia ditujukan kepada benda yang menyengsarakan diri)....ia menyebabkan aku melakukan usaha mem'format' apa yang ada dan meng'install' yang baru. Ia sangat pedih.....

My abah adalah seorang guru. Guru pada masa dulu jika telah memenuhi beberapa kriteria maka, dia bisa memohon kenaikan pangkat dengan syarat....dia sanggup berpindah. Aku dahulunya hidup dalam keadaan yang selesa, aku selesa bersama kawan yang sekampung denganku, yang satu sekolah dari sekolah rendah hingga menengah denganku....aku selesa merayau di dalam kampung di mana aku telah dilahirkan....aku selesa bercakap dalam bahasa yang aku dapat fahami dan ucapkan tanpa sukar....aku selesa mengenali muka-muka lama yang aku jumpa dan tahu setiap hari. Siapa tahu....keselesaan tersebut diragut tanpa pesan.....

Time tu aku dalam permulaan form 4, kengkawan riuh pasal khabar angin yang my abah mau pindah pergi sekolah lain dan dengan directnya menanya padaku...aku mengatakan 'tidak' kerana sejujurnya aku memang tidak tahu. Aduyai, khabar itu bukan setakat angin semata. Kami dibawa pindah ke sebuah sekolah yang diberi nama SMK Weston, terletak di Weston iaitu salah satu pekan di bahagian daerah Sipitang (Sabah). Kami diberikan tempat tinggal sementara di sebuah rumah guru yang sememangnya tampak seperti sebuah banglo mewah....sebenarnya ia ialah rumah yang disediakan buat pengetua sekolah, tapi dia tidak tinggal di sana. Walaupun dari luaran ia nampak mengkagumkan tapi melangkahkan kaki ke dalam memang satu pengalaman yang serba ngeri....bahana tidak pernah didiami manusia dalam bertahun lamanya, ia umpama sarang jin. Disebabkan ia satu emergency maka kami tiada pilihan lain...aku tidak tau apa yang emergency sangat sampai tempat tinggal pun tidak boleh diuruskan. Kami sampai di Weston pada hari sabtu dan kami ada masa mengemas sebelum buka sekolah pada lusa harinya.

Sekolah tu merupakan sekolah yang serba asing bagiku dan buat pertama kalinya aku menjalani prosedur budak-baru-pindah. Pertama sekali aku dibawa ke pejabat guru, di sana my abah menyerahkan satu kad besar yang berkaler oren tanah....aku sudah lupa nama kad ni, yang aku ingat dalam tu tercatat detail pasal cita-cita, markah ko-k, markah penilaian psikologi...whatever la dari sekolah aku sebelum ni. Kedua, lepas kerani buat taip-menaip semua, aku diberi beberapa buku teks dan disuruh ikut satu orang cikgu ni untuk pergi ke kelas baruku. Ketiga, di kelas baru tu...aku disuruh memperkenal diri di depan kelas...percayalah, mengenalkan diri di depan ramai orang asing adalah amat memalukan! Pastu aku diberikan tempat duduk. Sebagai budak baru pada hari pertamanya, yang paling menyeksakan ialah time abis kelas dan time rehat....yang paling best ialah time balik! Aku paling tak suka time kenal-mengenal di mana orang menanya nama, dari mana...bla,bla,bla...sebab, aku memang jenis kurang bercakap bila di depan orang asing. Tapi aku tiada pilihan lain...aku kena mengalami dan belajar benda baru ni, aku tidak akan ke mana-mana...esok hari, lusa, tulat dan seterusnya aku akan menghadap muka-muka tersebut. Setelah lebih seminggu belajar di sekolah tersebut, aku mengetahui sesuatu yang dasat...sekolah tersebut mempunyai ramai pelajar gangster dan masalah dadah....aku sendiri pernah tengok rupa syabu bila salah sorang classmate aku tunjuk dalam kelas, rupa dia lebih kurang macam butiran tawas dan dia kasi tau yang butir yang sebesar separuh kuku kelingking tu berharga RM 50...fuiyoooo!!!!

Dalam lebih kurang 2 minggu lepas tinggal di banglo jin tersebut, my abah bawa kami tinggal di rumah lain yang baru disewanya.....di luar kawasan sekolah. Dalam hatiku berbunga-bunga mengharap rumah baru tu ada tv sebab berminggu-minggu kami tidak menatap tv dan kami amat rinduuuu.....Korang pernah dengan pinggan seramik pecah? Well, aku pernah....banyak kali, tapi ini yang paling nyaring sebab yang pecah tu bukan pinggan tapi harapanku yang menggunung tersebut. Kepecahan tersebut disebabkan oleh 2 faktor...yang pertama, keadaan rumah sewa terbabit. Kebanyakan rumah di Weston dibina di pinggir laut dan ia melibatkan laluan jambatan yang banyak dan pembuangan tahi ke laut secara pesat....rumah sewa kami mempunyai jambatannya sendiri, di kiri dan kanannya berdiri rumah-rumah besar yang besar dan tersergam indah....umpama sebuah rumah yang bakal roboh anytime, keluasan yang tidak lebih dari 6 langkah persegi dengan jamban yang hanya berdindingkan karung plastik membuatkan aku tercarut secara refleks, "abah....why abah? WHYYYYYY?!!!!!". Faktor ke dua....encik tv langsung tiada wahai ladies n gentlemen.......

Dalam sebulan tinggal di rumah tersebut, my abah mengatakan dia akan berpindah ke sekolah baru n aku was like "Haaaaahhh!!!". Tapi my abah pergi sorang ke sana dan meninggalkan kami semua di pekan Weston yang serba bittersweet ini. Dalam tiga bulan kami hidup ngeri tanpa ayah di tempat orang akhirnya, my abah bawa the rest of us pergi ke sekolah baru.....di sebuah tempat di pantai timur Sabah yang dinamakan Kunak.

Time tu gempar berita pasal Abu Sayyaf yang culik tourist di Pulau Sipadan, Semporna n Kunak sememangnya tidak jauh dari Semporna ya wahai everybody! Ngeri fikir nanti di tempat baru ni kami akan kena tembak oleh lanun. Kami naik kapal terbang dari KK, landing di Tawau n pastu naik bas pergi Kunak. First time pergi sebelah sana....orang-orangnya serba gelap. Sesampai kami di Kunak, my abah bawa kami ke rumah sewa....rumah sewa tersebut ialah sebuah rumah yang dibahagi kepada 2, sebelah kami sewa...sebelah lagi orang lain. Rumah ni ok sket....sebab dia ada tv bebeh! Wow, 3 bulan lebih tak tengok tv.....bila tengok news macam tengok movie woooo!

SMK Kunak. Itulah nama sekolah keduaku....ketika aku masih dalam form 4. Aku jalani kembali prosedur budak-baru-pindah dan segala proses tampak normal pada diriku. Kunak mempunyai penggunaan bahasa sabahan yang berbeza berbanding pantai barat dan ini ialah satu masalah besar....justeru aku selaku seorang budak baru yang bertutur ayat dan kata yang pelik maka aku dilayan umpama budak yang baru sampai dari Amerika. Aku masih ingat time aku kenalkan diri kat depan kelas....salah sorang classmate aku tanya jika aku faham perkataan jelik. Jelik bermasud hodoh wahai everybody! Dan aku terdengar salah sorang dari diorang cakap yang aku ni jelik...well you know what? TUUUUUUUUT YOU!!

It was like...macam bina istana pasir di tepi pantai, kita bina hampir siap tetiba ombak robohkan....pastu kita bina lagi, bila baru suku yang siap...ombak datang....dan pastu kita hilang selera mau bina lagi dan hanya menanti ombak yang bakal datang.

Kunak ialah start segalanya, diam become my trademark. Aku tiada minat berbicara dan mengenali orang lain. Seolah tertanam dalam fikiran aku yang aku tidak akan lama di sini....dalam masa terdekat aku akan pergi ke tempat lain di mana segala-galanya baru dan segala yang sebelumnya akan tinggal kenangan. Ada classmateku yang menanya..."Ahmad, kenapa kau pendiam betul?" Aku hanya mampu menjawab dengan alasan yang boleh diterima akal....mereka tidak akan kenal dan faham aku kerana semua ini tiada maknanya. Di rumah sewa, kebanyakan barang masih berada di dalam kotak walaupun berbulan lamanya....semuanya untuk siap-sedia, bila pindah lagi nanti tidak payah susah-susah packing.

Siapa tau yang kami akan landing di Kunak buat masa yang lama....bertahun dari tarikh kami tiba di sini. Kerana result SPMku yang agak-agak power, aku dapat tawaran amik accounting di UPM....my abah beriya-iya mau hantar aku ke sana tapi my mama halang sebab budget tiada. Aku memang kecut sudah, sebab aku tidak tau macam mana mau survive di tempat orang....semenanjung lagi tu...oh mama! Tengkyuuuuu banyak-banyak!!!! Then aku amik keputusan masuk form 6 di SMK Kunak. Aku rasa itulah yang sebaik-baiknya kerana aku masih familiar dengan sekolah n cikgu-cikgu yang ada dalam sekolah tambahan lagi, ada classmateku time form 5 turut masuk form 6.

Who knows yang form 6 ni sedikit sebanyak mengembalikan apa yang hilang selama ini. Muka-muka yang kukenali di dalam kelas yang serba kecik itu dapat aku rasakan...yang aku tidak akan tinggalkan sehingga pada time yang sepatutnya. Aku mengalami apa yang orang putih cakap "live fully"....selama ini aku memang tidak suka sekolah tapi time tersebut adalah satu kekecualian. Di sana aku kenal erti berkawan, erti menghargai dan dihargai, erti kenal dan mengenali dan rasa mencintai. Bila kita terbuai dengan rasa selesa, kita akan terlena dan kita akan panik bila yang menyelesakan itu sudah suntuk masanya. Bila segalanya berada di pengakhiran. Aku terpaksa menyediakan diri untuk rela berkata Goodbye....ia menyakitkan tapi dalam masa yang seterusnya aku akan dapat membiasakan diri dengan perkataan itu.

Sedikit sebanyak aku belajar erti hidup berdikari dan survival, goodbye mampu menyediakan diriku untuk menerima benda baru. Apa yang kita alami hanya dapat dihadapi oleh kita seorang....kita hanya mampu memilih antara 2 pilihan, sama ada menangisi nasib ataupun menjalaninya dengan ketahanan hati.

Sering aku mengharap ada sesiapa yang aku tidak perlu katakan padanya goodbye. Tapi secara realitinya...walaupun kita akan terjumpa, lambat laun kita patut bersedia untuk menerima lafaz perkataan itu darinya.