Friday, August 26, 2011

Korean blues ntuk aku

Malas nak lukis banyak kali ni...mood lari sebab raya dah dekat!



Satu hari di bulan Ramadhan, tepat-tepat dalam kul 10:10:xx pm aku membuka tenetku dalam situasi yang amat boring tatkala aku tiada selera mau buat apa-apa itu malam. Aku membuka Muka Bukuku dan ada la dua, tiga notifications yang seolah-olah memanggil-manggil aku ntuk mengkliknya...yaaaaa, aku klik! Situasi mengklik tersebut berakhir dalam tempoh masa yang amat singkat dan seperti yang ku duga keboringan tersebut kembali lagi. Justeru broadband Streamyx yang agak-agak pantas ini malam maka, aku dengan selambanya membuka laman Youtube dan try cari mana-mana video yang boleh membawa keboringan ku pergi.

Ada video yang agak-agak lawak pasal 'prank'ing orang...you know, yang orang putih buat tuuuu...diorang letak candid camera dekat mana-mana ceruk dan rakam staff diorang buat onar dekat orang awam dengan harapan orang yang kena prank tu ketawa n seronok. Paling syok tengok ialah pasal prank yang dapat reaction over dari orang yang kena pranked...siap kena bagi back kick you! Padan muka! Kataku jauh di lubuk hati....Segalanya menarik sehingga aku nampak satu prank yang menyebabkan sorang insan nih mati kena tembak!

Click HERE to see!

Well, secara mendadak aku rasa ngeri dan rasa tidak-mau-tengok-lagi tu seolah-olah membuak di dalam dada. Maka aku taip topik lain yang mana tau bisa mengubah segalanya malam ini aku jari-jemariku mula menaip K O R E A N dan.....terbukak la segala list video yang mengandungi perkataan tersebut! Ada trailer movie, songs, clip orang Korean beromen (kononnya) dan satu yang menarik perhatianku dari semuanya....Korean movie...FULL movie! WITH SUBS!! Ahahahaha! Aku seolah mendapat sinar dan otak ku mengulang kembali saat-saat ketika aku menonton movie Korean time dolu-dolu. Pantas saja jariku mengklik video tersebut...tapi video tersebut 4/13 dari semua bahagian movienya, mana yang first? Tiada cara paling terbaik selain mengklik pada nama uploadernya dan di sana aku disajikan dengan list movie yang memang agak banyak dan sumaaaanya Korean.

Kuwahahahahaha! Ini malam bisa menjadi yang terbaek babeh!!!


Yang pertama,



Click HERE for the video!

Tajuk dia dalam Engresh ialah The Beast and The Beauty. Dari tajuk kita bleh tau kisah dia. Sebab ni yang first aku klik maka, aku layankan juga la.....Cerita pasal lelaki yang tidak berapa hensem dan bercewekkan sorang awek yang agak-agak cantik tapi buta. Tiba-tiba awek tu dapat offer transplant mata dan kononnya akan boleh melihat. Si boipren ni takut n serba salah sebab dia describe dekat awek dia tu yang dia tu hensem nak mampus. Plot utama cerita ni lebih banyak tertumpu ngan usaha si boipren cuba ntuk sembunyi dari aweknya yang sudah celik tersebut....bosan tengok! Bukan lawak pon....binci tol aku arrrgh! Tapi....aku abiskan juga tengok sebab aku terharu tengok scene time diorang kat airport uhuhuhuhu, dan seterusnya nak tengok ending diorang jadi macamana. Conclusion aku...boipren dia tu BODO macam...macam...macam hapa ntah!!! TUUUUUUUUUUT btul!!


Yang kedua,



Click HERE for the movie!

In Engresh tajuk dia ialah Virgin Snow. Aaaaa...movie agak special sebab.....aku tidak mampu menontonnya sampai second part. Conclusion aku, Lee Jun-Ki tu tidak sehensem dalam gambar dan Aoi Miyazaki tu nampak macam lepas buat nose job. Jap....macam nak muntah aku kenang balik.....Abissss! Ai, jimat masa aku taip, kekekeke!


Yang ketiga,



Click HERE for the movie!

Tajuk dia dalam Engresh A Millionaire's First Love. Aku cakap ngan ngkau, yang ni agak-agak best! Hero n heroin dia sama lawa. Lee Yeon Hee nampak cute bila senyum, pelik bila serius, loveable bila nangis tahap kontrol dan ngeri bila nangis tahap budak. Agak sedih juga la tapi plot dia tak berapa nak suspen. Aku teruja tengok scene time diorang first time jumpa...buat aku tertanya-tanya macamana diorang ni nanti nak jatuh cinta. Well, aku hampa bila sampai time aku dapat tau....uhuhuhu! Conclusion aku la kan....urmmmm,ini movie banyak nangis la! Bagi bunga nangis, bagi stokin nangis, jalan skit pon nangis....aduyaiiii! Aku yang terasa mau nangis ni pon rasa air mata aku masuk balik jadi air liur.


Yang keempat,



Click HERE for the movie!

Tajuk dia dalam Engresh 200 Pounds Beauty. Yang ini aku tak berapa suka tapi, aku tengok jugak sampai abis. Sebab aku dah tertengok cerita movie malay bodo yang mana telah diberi tajuk Cinta Kolesterol, aku asyik terbayang muka Erra time pakai plaster ntuk nampak macam orang obes. Cerita yang Korean ni okey lagi la sebab banyak dia punya twist. Tapi la kan, sepanjang aku nonton ini movie aku macam perasan tau....heroin ni, in the real life memang buat plastic surgery sebab, bila aku perati muka dia time emotional scene....muka dia nampak abnormal. Senyum dia nampak pelik...bibir tebal semacam...idung n kelopak mata tu jangan cakap la....ish!
Conclusion, aku pernah tengok ads movie ni dalam Astro Box Office Movies time doluuuu so, tu yang buat aku nak tengok sangat. Cerita dia seronok dan agak biasaaaa....apa yang orang putih cakap tu, yaaa....typical!


Yang kelima,



Click HERE for the movie!

Aaaah, yang ni!! Yang ni, aku cakap kau....memang movie yang best!!! Lepas tengok cerita bengal, meloya n typical, segala terubat oleh ini movie. Konfem nanti aku beli edisi Blu-ray punya!! Ahem, tajuk dia dalam Engresh ialah Speedy Scandal. Cerita pasal seorang DJ radio yang agak-agak popular yang didatangi oleh seorang gadis bersama seorang budak kici di depan pintu rumahnya, gadis tersebut ngaku yang yang DJ tersebut ialah bapanya dan merangkap title datuk kepada budak kici yang dibawa bersama. Kejut babi la hero sebab selama ni idup dia serba sendiri dalam rumah yang luas n mewah. Plot cerita banyak berkisar kepada peristiwa kehidupan ketiga-tiganya untuk menjadi seorang bapa, datuk, anak dan cucu. Movie ni sebaik-baiknya ditonton time Hari Bapa sebab memang kena sangat dengan tema. Jalan cerita dia memang solid ngan lakonan yang maha mantap!! Hero dia ni yang pernah pegang watak hero dalam movie My Sassy Girl...konfem lawak la! Budak yang jadi cucu tu memang power dia punya acting, mau terpancut air mata aku tengok dia punya emotion time mak dia nampak dia duduk atas kerusi sorang-sorang (time tu datuk n mak cari dia sebab ingat dia kena culik). Conclusion aku, movie pasal keseronokan berkeluarga dan kesedihan tanpanya. Sedih memang sedih tapi kebanyakannya bukan disebabkan oleh airmata yang dilinangkan olek pelakon tapi, situasi yang dicetuskan dari dialog, emotions dan tindakan karakter. Kalau kita tengok, nampak dekat dengan diri kita sendiri...sobs.


Yang last, sebelum aku terbongkang tido...



Click HERE for the movie!

In Engresh, title dia Heartbreak Library. My best choice and favourite! Cerita Korea paling dasat pernah aku tengok. Sedap dan mengkagumkan! Cerita pasal seorang librarian yang cun n seorang boipren yang ditinggalkan ceweknya. Kisah dua orang ni bertemu kesan dari kerja bangang si boipren yang ngoyak pages dalam buku-buku di library awam. Librarian ni dapat tau dan segala-galanya bermula dari situ.....Misteri pengoyakan pages terbongkar di mana, si boipren cakap yang page 198 dalam sesuatu buku di dalam lib tu ada mesej rahsia yang cuba dibagitau oleh ceweknya sebelum meninggalkannya pergi. Si Librarian yang juga telah kena dumped oleh balaknya menunjukkan rasa tertarik ntuk nolong quest si boipren tersebut. Yang menariknya dalam cerita nih ialah bagaimana dua total strangers yang mengalami pengalaman yang lebih kurang, mampu membantu antara satu sama lain untuk mengubati diri. Hubungan antara mereka pada mulanya bukanlah tentang tarikan cinta bahana kekacakan dan ke'cun'an antara kedua-duanya tapi lebih kepada keikhlasan seorang manusia kepada manusia lain. Walaupun keseluruhan cerita lebih memihak kepada pihak si boipren tapi ia sebenarnya ia terimbang oleh scenes kehidupan si Librarian yang dalam situasi colourful dan sometimes lonely. Mereka memulakan perjalanan untuk mencari jawapan dan dalam tempoh tersebut mengenali diri dan antara mereka dan seterusnya terbit rasa cinta yang tidak perlu diluahkan dengan ayat.

Conclusion aku....ada satu scene bila si Librarian yang tertinggal kereta api manakala si boipren menunggu di pintu kereta api yang sedang bergerak agak-agak laju, dia memanggil-manggil si Librarian supaya cepat ngejar. Tapi malangnya dia tersadung dan si boipren tanpa ragu melompat keluar dari kereta api sebab tak mau meneruskan perjalanan tanpa si Librarian....ini memang adegan yang sedap di hatiku. Satu lagi scene, yang ini time ending...lepas si Librarian makan di restoran baru si boipren, si boipren duduk di kerusi panjang di luar laman restoran sorang-sorang....pastu si Librarian ni datang berdiri di depannya, si boipren senyum sindri dan memberi ruang di sebelahnya, si Librarian duduk dan kedua-duanya senyum sendiri....segala-galanya berlaku tanpa dialog dan ia sungguh cantik sekali!!! Bravo!!

Kebanyakkan movie yang aku tengok ni sudah kira bukan movie yang baru tapi, yang penting ia menghiburkan. Apa specialnya Korean Movie nih? Ia langsung menunjukkan sesuatu yang asing dari segi bahasa dan budaya dengan kita....tapi, ia mampu menggambarkan sesuatu yang amat dekat kepada kita secara individu. Apa pon tema yang cuba disampaikan....cinta, keluarga, konflik, colourful, sedih and whatever...kita boleh merasanya dan itulah yang patut dinikmati oleh kita sebagai penonton. Orang tertentu balik-balik mengatakan buat movie pasal cari untung...bukan kualiti, diorang patut blajar dari orang Korea pasal buat movie. Sapa kata kita tidak boleh blajar dari movie? Dalam tidak sedar sesetengah decisions yang pernah kita buat dalam hidup telah merujuk kepada scenes movie yang pernah kita tengok satu hari duuuulu. Kita hanya mempunyai hidup yang serba satu ini, sebuah movie mewakili satu keadaan hidup asing yang bisa kita alami dalam satu tempoh masa yang singkat.....tapi, cukup ntuk memberikan kita pengalaman ingin dan bakal dirasai.